CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, June 16, 2010

Peace no War...

Assalamualaikum kawan2 sekalian..dah lama rasanya aku tak update blog ni..agaknya kalau la rupa blog aku ni berbentuk seperti sebuah buku..mesti dah berhabuk sakan kan...ok la..malas nak meleret2 sangat sebab aku kat ofis ni..tengah rushing kejar masa rehat...cewah...sebagai seorang manusia yang baik..kita kena pandai menghargai masa yang ada..masa rehat,gunalah peluang yang ada untuk berehat..macam aku,kali ni aku nak berehat kejap dengan membebel kat sini..nanti dah masuk waktu kerja..dah tak boleh sesekali mencuri masa tau..waktu kerja..kena kerja...ada paham murid2?tambah-tambah aku masih lagi dalam tempoh praktikal...yahooooo...tajuk aku kali ni..'Peace no War'....tajuk ni kalau you all baca mesti dok teringat dengan apa yang melanda sahabat-sahabat kita di Gaza kan....marilah kita sama-sama mendoakan agar semuanya berakhir dengan segera...walaupun tak dapat nak berada di sana untuk memberi bantuan kemanusiaan..aku tetap mendoakan di sini agar sahabat-sahabat kita di Gaza selamat..Amin..bak kata pepatah...jauh di mata tapi dekat di hati kan...baiklah, back to the topic,tajuk kali ni bukan aje sesuai untuk peperangan yang menggunakan senjata api..tapi aku rasa kan..ia amat sesuai kalau kita guna dalam kehidupan seharian kita ni kan...kawan-kawan..kalau ada perselisihan faham antara kita manusia...janganla simpan lama-lama eh...tak baik untuk kesihatan...nanti kalau asyik fikir hal-hal ni...boleh jatuh gedebuk dibuatnya....selain itu,ia jugak tak baik untuk kecantikan badan dan kulit...jika selalu dok fikir persengketaan yang tak habis-habis ni...boleh jadi tekanan..bila ada tekanan,bagi sesetengah orang..dia akan makan terlamapu banyak sampai badan jadi belon...kulit pon jadi kusam...ha,kan tak cantik namanya tu...oleh yang demikian...janganlah kita bersengketa lama-lama..kerana persengketaan membawa kemudaratan..ok la kawan-kawan...nak dekat pukul 2 dah ni..nantia ada masa yang panjang lagi,aku try bebel lagi yer...daa...assalamualaikum.