CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, December 30, 2009

masa menunggu..

assalamualaikum..setelah sekian lama, akhirnya tibalah saat yang dinantikan oleh semua orang yang bergelar student IPT..sem akhir. 6 semester berakhir, tibalah semester 7,.,,..bila fikir2kan, memang tak sabar nak habis belajar. tapi bila direnung2 kembali rasa takut pun ada. yelah, habis belajar kena cepat2 cari kerja untuk memulakan hidup baru. kena cepat2 cari kerja nak bayar hutang ptptn, kena cepat cari kerja, nak kumpul duit kahwin..yelah bak kata orang dah ada calon tak elok simpan lama2..hehe..kena cepat cari kerja untuk tolong keluarga especially adik2 yang masih dok blaja lagi tu..kiter kan anak sulung, tanggungjawab pun berat. yang dulu perlu di dulukan...ok lah, dah masuk waktu maghrib pun..selamat beramal kawan2..adios..assalamualaikum.

Tuesday, December 29, 2009

merayau..



kami ber6 bergambar latar belakang ladang tebu di negeri Perlis..kalau korang nak tahu..memang besar sangat kawasan ladang tebu ni..sangat luas..yat,eja,wani kecik, wani kalut, and yanti..all the best to all of u..semoga our frenship ni lasting forever and ever..

Friday, December 18, 2009

home sweet home....

Kenapa orang inggeris bagi pepatah ni? Yelah tu..sweet adalah satu perkataan yang membawa maksud manis. Manis ni sesuatu yang sangat sedap dinikmati, dan sangat sedap jika dihidu dan sedap juga disebut. Home pula membawa maksud rumah. Tempat manusia melindungi diri dari segala bahaya, tempat untuk berehat dan tempat tinggal. Rumah yang lengkap akan ada tiang sebagai asas untuk membina rumah, akan ada dinding dan bumbung yang lengkap sebagai pelindung, akan ada tingkap sebagai ruang udara untuk manusia bernafas dan pintu untuk memudahkan manusia keluar dan masuk untuk berhubung dengan manusia lain dan menikmati keindahan alam ciptaan Allah yang Maha Berkuasa..
Tiang akan memastikan rumah yang dibina nanti kukuh atau tidak. Jika kuat tiangnya, maka kuat jugalah rumahnya dan sebaliknya. Dinding dan bumbung juga memainkan peranan yang penting dalam memastikan keadaan rumah yang dibina sempurna. Dinding mestilah diperbuat daripada gabungan batu bata atau kayu, dan simen atau paku yang berkualiti serta tahan lasak, bagi memastikan rumah yang dibina tahan dari cuaca yang tidak menentu. Bumbung juga mestilah diperbuat daripada atap yang kalis cahaya dan air yang mampu melindungi penghuni rumah dari sebarang cuaca yang tidak menentu. Tingkap yang dibina juga mestilah selari dan sepadan dengan struktur rumah. Pastikan ia dibina mengikut kemampuan penghuni, cantik atau tidak bukan isu, yang penting, kesesuaian dan kemampuan tingkap itu sendiri yang membantu manusia bernafas dan melihat keindahan alam semulajadi. Pintu juga mestilah sepadan dan sesuai dengan struktur rumah yang dibina. Cantik atau tidak juga bukan isu, yang penting kemampuannya untuk menghubungkan manusia dengan dunia luar, dan kemampuannya untuk membantu bumbung dan dinding melindungi penghuni rumah.
Tiang, bumbung, dinding, tingkap dan pintu saling memerlukan untuk memastikan rumah yang dibina sempurna dan lengkap.

p/s : karangan pendek diatas jika dibaca secara luaran, anda akan faham bagaimana sesebuah rumah itu dibina. Tetapi jika dibaca dari sudut dalaman, anda akan tahu betapa pentingnya tanggungjawab setiap ahli keluarga dalam memastikan keluarga yang dibina bahagia dunia dan akhirat..InsyaAllah..itu hanyalah sebahagian sahaja…mungkin kalau ada masa nisa akan edit lagi karangan ni untuk dijadikan sebuah cerpen..dan insyaAllah kalau diberi umur yang panjang, mungkin nisa jadikan ia sebuah novel lengkap. Itu hanya angan2 ;) tapi tak mustahil kan kalau satu hari nanti angan2 ni boleh jadi kenyataan. Yang penting, usaha keras…dan sentiasa berdoa semoga segalanya berjalan lancar.. bubye kawan2…Assalamualaikum.

Sunday, November 8, 2009

hari bahagia..









hai semua...kabare.?em, sekarang nisa tgh menunggu hari je before my 2nd paper, Public Sector Accounting..em, harap2 semester ni ok la eh..tgh study tadi tiba2 teringat zaman belajar kat politeknik..seronok juga, tak sama macam belaja kat universiti..masa kat poli dulu, hubungan antara kawan lebih rapat berbanding di universiti..kalau ada pun, tak sama. dah 3 tahun berlalu, tapi semuanya masih segar dlam ingatan..tak lupa nisa nak ucapkan bebanyak terima kasih pd pensyarah2 POLIMAS yang pernah curahkan bermacam2 ilmu pada nisa, kpd kawan2 yang sedia bersama nisa susah dan senang, dan paling utama, kepada keluarga yang tak pernah putus2 beri sokongan dan dorongan serta doakan kejayaan nisa..thanx to all of u...

Friday, November 6, 2009

hari pertama..

hai semua..welcome to my blog..;) hari ni hari pertama nisa kat sini. saja mengisi masa lapang yang ada walaupun sebenarnya tak lah berapa lapang pun..sekarang kat UUM tengah musim final exam..masing2 busy nak naikkan pointer(belajar sampai berpeluh2)...nisa pun study jugak kat bilik ni..tapi faham2 jelah bila dah serabut, mulalah tension datang..tiba2 teringat nak buat sesuatu yang belum pernah try..so, datanglah mood nak create blog ni..tulah sebab kenapa nisa berjaya akhirnya create blog sendiri...kepada kawan2 semua, saya budak baru belaja..byk yg nisa tak explore dan blaja pasal blogging ni..so kalau ada antara kawan2 yang sudi nak share some information bout blogging ni..dipersilakan..;) bak kata orang, malu bertanya sesat jalan..ok kawan2 sampai sini dulu..ada masa kita jumpa lagi kat sini..bye...