CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, December 18, 2009

home sweet home....

Kenapa orang inggeris bagi pepatah ni? Yelah tu..sweet adalah satu perkataan yang membawa maksud manis. Manis ni sesuatu yang sangat sedap dinikmati, dan sangat sedap jika dihidu dan sedap juga disebut. Home pula membawa maksud rumah. Tempat manusia melindungi diri dari segala bahaya, tempat untuk berehat dan tempat tinggal. Rumah yang lengkap akan ada tiang sebagai asas untuk membina rumah, akan ada dinding dan bumbung yang lengkap sebagai pelindung, akan ada tingkap sebagai ruang udara untuk manusia bernafas dan pintu untuk memudahkan manusia keluar dan masuk untuk berhubung dengan manusia lain dan menikmati keindahan alam ciptaan Allah yang Maha Berkuasa..
Tiang akan memastikan rumah yang dibina nanti kukuh atau tidak. Jika kuat tiangnya, maka kuat jugalah rumahnya dan sebaliknya. Dinding dan bumbung juga memainkan peranan yang penting dalam memastikan keadaan rumah yang dibina sempurna. Dinding mestilah diperbuat daripada gabungan batu bata atau kayu, dan simen atau paku yang berkualiti serta tahan lasak, bagi memastikan rumah yang dibina tahan dari cuaca yang tidak menentu. Bumbung juga mestilah diperbuat daripada atap yang kalis cahaya dan air yang mampu melindungi penghuni rumah dari sebarang cuaca yang tidak menentu. Tingkap yang dibina juga mestilah selari dan sepadan dengan struktur rumah. Pastikan ia dibina mengikut kemampuan penghuni, cantik atau tidak bukan isu, yang penting, kesesuaian dan kemampuan tingkap itu sendiri yang membantu manusia bernafas dan melihat keindahan alam semulajadi. Pintu juga mestilah sepadan dan sesuai dengan struktur rumah yang dibina. Cantik atau tidak juga bukan isu, yang penting kemampuannya untuk menghubungkan manusia dengan dunia luar, dan kemampuannya untuk membantu bumbung dan dinding melindungi penghuni rumah.
Tiang, bumbung, dinding, tingkap dan pintu saling memerlukan untuk memastikan rumah yang dibina sempurna dan lengkap.

p/s : karangan pendek diatas jika dibaca secara luaran, anda akan faham bagaimana sesebuah rumah itu dibina. Tetapi jika dibaca dari sudut dalaman, anda akan tahu betapa pentingnya tanggungjawab setiap ahli keluarga dalam memastikan keluarga yang dibina bahagia dunia dan akhirat..InsyaAllah..itu hanyalah sebahagian sahaja…mungkin kalau ada masa nisa akan edit lagi karangan ni untuk dijadikan sebuah cerpen..dan insyaAllah kalau diberi umur yang panjang, mungkin nisa jadikan ia sebuah novel lengkap. Itu hanya angan2 ;) tapi tak mustahil kan kalau satu hari nanti angan2 ni boleh jadi kenyataan. Yang penting, usaha keras…dan sentiasa berdoa semoga segalanya berjalan lancar.. bubye kawan2…Assalamualaikum.

0 comments: